KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemuda Melayu negara ini pemalas hasil didikan Umno yang menolak ajaran Islam dalam kehidupan harian sehingga melupakan akhirat.
Menurutnya, sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan kerana apabila manusia lupa akhirat akan muncul sifat pemalas, generasi muda menjadi kacau bilau, kegiatan pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
“Saya cukup marah orang yang memperbesar-besarkan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Islam mengajar kita manusia berasal dari Adam dan Hawa. Semangat rajin masyarakat Cina perlu diterapkan dalam masyarakat Melayu. Budak-budak Melayu kini menjadi pemalas.
Pemalas hasil Umno yang menolak Islam ertinya lupakan akhirat. Ini bahaya dan kita kena perbetulkan semula. Ajaran Islam mesti dimasukkan dalam semua aktiviti kehidupan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan rombongan delegasi negara China di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, beliau marah kepada golongan sekular yang mengetepikan agama Islam dalam kehidupan sehinggakan khidmat polis diperlukan untuk menjaga rakyat, guru-guru menjaga pelajar dan ibu bapa menjaga anak di rumah.
Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku jika masyarakat menjadikan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Allah sebagai keutamaan dalam setiap perbuatan.
Alahai.... Statement yg aku xleh terima. Apsal dikaitkan dengan umno? Bukan ke masalah sosial, keruntuhan akhlak n jenayah berpunca dari diri sendiri? Nampak sangat dendam ngan umno. Kat Kelantan ni budak2 muda hatta yg tua yg jadi pengedar pil kuda, syabu, kedarah arak, jadi penyeludup, judi yang hidup kawasan pengikut kuat PAS, mak bapak fanatik PAS, aper citer? Dah la tu selalu cakap x bangga jadi melayu, ingat, kalau kita x jaga hak kita sebagai melayu lama2 kita akan hilang hak ke atas negara ni cam kat kemboja, melayu islam dihina, miskin hidup merempat kat negara sendiri. Nak jadi cam tu ker?







5 comments:
Kalau mcm tu..anak dia pn pemalas jgk la.haha
Biasalah tu,mana yang tak baik semua orang lain punya,mana yang baik semua dia punya.Nak puji diri sendiri.Takpalah !
kalau aku nak cakap pasal anak muda kelantan boleh ... nanti ada masa aku post dalam blog aku di http://talkwithhand.blogspot.com
ni Al-kisahnya Anak muda kelantan .
Berapa ramai anak kelantan yg terlibat dalam pengedaran pil kuda , ubat batuk , segala jenis dadah. berapa ramai . rami betul .. jangan menidak kan la .. Anak kelantan duk tempat org meniaga kedai makan , sambil memasak , sambil jual pil pun ada ... anak kelantan hok tino pulok , sanbat ramai pilak terlibat jadi Bohsia , Aweks Touch n Go , minah syabu pun ada . itu berapa ramai dan berasal dari kelantan belah mana ? kalau tidak dari Negeri yg diperintah Nik Aziz yang dikatakan mengikut 100% ajaran islam.
Ini benda kenyataan la bro , jng sibuk cari taik dikain org lain kalau kain sendiri ada taik+ muntah menatang hina najis mukhalazah... tolong la .. ini la dia politik kotor pembangkang tak tak pernah sudah mengata org sana-sini dah mcm joyah sport Underware ketat...
Mana nas atau buktinya. Kalau kau tak mampu mengeluarkkan nya, bermakna kau adalah seorang tukang fitnah.
kalau begitu.. PAS pula menyebabkan orang Islam semua hanya mengejar akhirat shaja sedangkan islam mengingatkan umatnya supaya membuat tuntutan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Akhirnya, kawasan di bawah jajahan PAS amat mundur.
Post a Comment