Tweet³

Wednesday, January 25, 2012

Melayu Islam Berlumba Menjadi Barua DAP


Mari kita tengok trend semasa tentang senerio politik negara kita. Senario politik pun dah macam Senario the Movie. Kelakar tapi ada kalanya memualkan kalau kelakar di buat tak menjadi

Trend baru lompat nak selitkan diri untuk dijadikan calon. Satu kumpulan berlakon jadi lebai kutuk kerajaan kutuk UMNO kutuk macam macam kepada UMNO untuk dapat perhatian dari parti yang cuba di pancing nya , mengumpan diri untuk di pancing.

Lagi kuat kutuk lagi jadi hero. Kumpulan ni termasuk lah Azmil Mustafa ,Bob Lokman dan ntah siapa lagi saya tak ingat Lepas tu kumpulan akademi, Pelajar pun yer, Profesor pun yer. Sama sahaja satu pengajar satu kurang di ajar. Group ni macam Aziz Bari dan si budak tak cukup umur macam Adam. Ntah apa yang tak bebas ntah.

Dan group lagi satu Bloggers macam si Aspan dan Sabri tu. Bertahun berprinsip lain boleh tukar pula ke prinsip lain. Dah macam satu Trend dah kena "up" kan diri untuk mendapat perhatian. Terkini Hata Wahari. Wartawan yang kini jadi Ahli DAP. Berilah apa sahaja alasan, prinsiplah, pendirianlah, tapi sorrylah kawan, musim PRU dah dekat, apa alasan di beri pun kita tahulah tujuannya. Harap harap jadi calon, tu sebenarnya.

Masing maisng dapat info DAP akan menang besar maka terjunlah ke parti DAP. DAP yang menjual diri kepada orang cina bahawa mereka berjaya "curb" PAS dan Tawan PAS menjadi pilihan orang cina. Di tambah faktor "Anwar akan kasi apa sahaja yang UMNO tak kasi". Maka pasti nya undi cina akan "solid" di belakang DAP.

Kasi RM500 ke kasi BR1M ke, PR1M ke kasi sport RIM ke undi cina tetap ke cina DAP. MCA kurang cinanya pada anggapan orang cina. MCA gagal tundukkan UMNO, DAP yang berjaya menundukkan PAS.
Begitulah pandangan orang cina.

Berbalik kepada Melayu yang terjun jadi ahli PAS ni (dulu tak nak, sekarang baru nak) Macam seolah-olah selama ni dia buta apa yang UMNO buat. Dah jadi macam org PAS pulak dah jadinya, terpaksa nafikan jasa dan kerja UMNO supaya diri tak di lihat bodoh dan barua, jadi adalah alasan ciptaan untuk justify diri masuk DAP.

"Parti DAP ialah parti 13 Mei" kata Aruah ayah saya.Yang keluar pertahankan Kpg baru dan Kpg keramat. Yang tak tahu siapa DAP masa 13 mei tu melayu jahil. Atau belum lahir atau tak ada di kuala Lumpur ketika peristiwa itu berlaku. DAP sudah pasang seorang melayu bernama Tunku Aziz. Biodata dia ada 2 jenama sangsi yang orang suka membaca akan mengetahuinya.

"He is a member of the World Bank High Level Advisory Group on Anti-Corruption in the East Asia and Pacific Region, and a member of the Advisory Board of Global Public Policy Networks, a project of “Visioning the UN”, an initiative of the Secretary-General of the United Nations and the United Nations Foundation."

  • World Bank
  • United Nation


Saya tidak kata dia. Sebab saya tidak tak ada bukti tapi kalau jawatan bukan wakil kepada negara atau di calonkan negara selalunya orang ini mesti lah dalam network tertentu. Telah lama dilantik jadi Naib Pengerusi DAP. Entah atas apa jasa kepada DAP kita pun tak tahu. 

Tapi yang sah DAP ialah anak kepada PAP yang mana PAP ialah proxy kepada Barat/Yahudi rantau ini. Dulu ada Peguam India kita bukan main di lindungi United Nation, suruh buat kerja tertentu. Param namanya.

Biar saya kasi hint, Butros Ghali, Ban Ki Moon dan Khofi Anan. Semuanya dipercayai ahli Freemason. Jadi anda fikir lah sendiri. Mungkin kalau jadi Republik boleh jadi Presiden agaknya, tak pun kalau banyak kerusi boleh jadi PM macam Khalid Ibrahim jadi Mb Selangor. Patung.

Dan kawan kita lagi satu yang baru lepas dari kes Mahkamah jugak berjawatan di lantik oleh badan ini. Dia sentiasa ada jawatan dalam badan ini baik di banknya atau di NGO ciptaan barat. Decoy'nya menguna nama Berislam islam dalam bahasa Inggeris badan NGO ini. Sebab orang Islam suka dengar nama "islam" walau pun tak islam.

Kalau masuk DAP yang tak Islam, sekular dan anti-hudud dan tak masuk PAS, orang PAS tak kisah, tak gelar mereka ni kafir ke tak islam ke macam yang dikenakan kepada UMNO. Pelik betul pendirian PAS.

Usahlah nak tipu umat melayu islam kalau dah masuk DAP tu ngaku sahajalah dijanjikan sesuatu. Ala... semua tahulah DAP di jangka sapu abis semua kerusi cina. PAS pula bakal tersungkur sebab melayu makin risau dengan pendirian PAS.

Islam tak suruh jadi ekor kepada kafir. Islam suruh jadi kepala. Kepimpinan islam. Tengok tu dalam kerajaan Pakatan di kuasai cina DAP, PAS tidak di percayai pun dalam kerja Islam nya. Di pijak macam kain lap kaki lepas keluar jamban.

Tujuan sebenar saya tulis ni nak pesan kepada bangsa saya Melayu/Islam, usah lah terpedaya orang yang terjun masuk politik di saat musim buah nak gugur ni.  Berebut ambik posisi untuk lakukan diri. Apa alasan dia orang kasi usahlah nak percaya sangat.

Usah percaya kepada cerita buruk PAS tentang UMNO, kerana itu sahaja yang ada pada PAS, jaja cerita buruk UMNO sebab PAS tak ada cerita baik tentang diri sendiri. Nak cerita Islam dah gugur dah, nak cerita kemajuan, bina 1 masjid sahaja. Hudud ntah ke mana. Buku Jinga tak ada selit perjuangan PAS. Manifesto tak boleh tulis hudud, begitu jijik Hudud kepada Pakatan .

Mengintai tabung negara untuk di agih kan sama sendiri , itu lah sebenar nya Pemimpin Pakatan mahukan. Dalam diejeknya UMNO mencuri wang rakyat dalam senyap Pemimpin Pakatan geram dengan wang Petronas ciptaan kerajaan melayu dan Reserve Negara yang cecah hampir 400 Billion. Itu sebenarnya nak di tarah dan di ratah.

Wahai Melayu/Islam, usah undi Pakatan. Mereka tipu kamu dengan cerita kebencian supaya kamu yang jahil fakta lain akan cepat benci UMNO. Mereka guna kebencian kepada UMNO utk menagih Undi kamu. Lihatlah adik kamu, akak kamu, ayah mak kamu, layak ke mereka di perintah oleh kafir?

Kalau pakatan menang pun, kalaulah walau pun mustahil, Anwar tak akan dijadikan PM. Bodoh sangat ke DAP nak tunjuk kuku tajamnya sekarang? Fikirlah.Saya sekadar menasihati. - Chulan

0 comments:

Di sini, anda tidak pernah keseorangan.. kerana kini ada readers yang sedang asyik membaca blog ini.