Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS semalam sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.
Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.
"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang.
"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibu pejabat UMNO. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."
Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab (kiri) - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.
"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).
“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.
Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Eh... dah sihat si Safwan Anang rupanya... tulang rusuk yg patah tak sampai tiga minggu dah ok? Nak pulihkan puak2 meroyan ni aku rasa duduk suaikenal seminggu kat Tg rambutan atau pun pilihan kedua Tampoi .... baru depa ni tahu nikmat dan pengertian KEBEBASAN. Mak ayah tak reti ajar anak...silap2 mmg sokong pun apa anak buat..takyah belajar pun takpe.. jadilah kuli kat bangsa lain.. Takpun mlm2 keluar kutip sampah








2 comments:
nk berdemo pon nk tunjuk spender ke??aha
Bukan kah si safwan diktakan NAZAK?
mengikut kamus edisi yang keempat
azak Ar 1. keadaan orang yg hampir akan mati
tetapi ni shat jek boleh g demo ag? haha...siapa yang percaya yang dia nazak dulu, mmg xde akal nk menilai yang mn baik dan buruk, mudah percaya dengn hnya beberapa keping gbr, then sebar lak kat wall, dah mende tu fitnah then dia pun rangkaian fitnah tu..sia2 je dpat DOSA..haha
Untuk Adam Adli lak, MAHASISWA yang patut takut pada pentadbiran Universiti? Siapa KAU? degree pun belum habis, nk tnjuk bagus..bajet je lebh...insaf2 la..buat malu MAHASISWA jek.. (MAHASISWA ker?)
Post a Comment