Tweet³

Friday, January 20, 2012

Bumiputra Layak Duduk Rumak Kotak Mancis Saja - Pemaju


Kegagalan menjual hartanah lot bumiputera menyebabkan para pemaju kini meminta supaya unit berkenaan boleh dilupuskan secara automatik kepada bukan bumiputera selepas tempoh tertentu. Cadangan itu dibuat bagi mengatasi kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh pemaju kerana gagal menjual hartanah berkenaan selain perlu melunaskan kos tertentu untuk mengubahnya berdasarkan undang-undang semasa.

Selain itu, masalah lain adalah, permintaan pasaran rendah dan ketidakstabilan ekonomi. Ketika ini pemaju sedang berdepan dengan peningkatan harga bahan pembinaan dan kos pekerja yang secara langsung boleh menjejaskan keseluruhan projek pembangunan.

Sebenarnya, ada kes pemaju yang merahsiakan tetapi bila pergi ke pejabat SUK, baru tahu masih ada kuota. Tak patut.. kerajaan patut pertahankan ini. PEMAJU hanya mencari keuntungan sahaja walaupun pemaju tersebut BUMIPUTERA. Mereka tidak memikirkan nasib bumiputera yang lain. KEUNTUNGAN adalah segalanya.

0 comments:

Di sini, anda tidak pernah keseorangan.. kerana kini ada readers yang sedang asyik membaca blog ini.